Menu
Seramlicious Profil SeramliciousAnak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan daripada ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
Beliau merupakan mentor dan penulis nombor satu seram di Buku Prima. Sebagai penulis berpengalaman, beliau tidak lokek menurunkan ilmu dan membimbing para perantis dengan gaya masing-masing.
Antara karya beliau yang sudah diterbitkan ialah:
Penulis dari Terengganu ini mempunyai banyak bakat. Selain menulis puisi serta deklamator semenjak di zaman persekolahan sehingga melanjutkan plajaran ke UiTM, beliau juga pandai melukis. Beliau merupakan seorang mentor yang tidak lokek berkongsi ilmu.
“ | Saya bermula menulis skrip mini teater dalam tahun 2002 dan 2004. (Pernah mendapat no.1) Di awal 2007 mula membuat rujukan untuk kisah MARGASATWA. 2008 mula menggarap novel cinta tragis. (Suka2) Tak siap sebab rasa macam bukan jiwa saya. 2011 secara serius menulis HINGGA HUJUNG WAKTU. 2013 menulis secara total novel Margasatwa dan berjaya diterbitkan pada 2014. Setelah 7 tahun research termasuk menjengah sendiri ke Tasik Kenyir. 2014 menulis TOPENG BERDARAH, POTRET dan kisah Thriller dalam satu masa. Tetapi hold sekejap kesemua manuskrip tu dan menyiapkan Novelet MARINA utk KALA SENJA DIA DATANG. Siap aje KALA SENJA DIA DATANG, Writer's Block menyerang. Almost 1 year tak menulis. Pertengahan 2015 mula kembali menulis MANUSCRIPT tapi kena hold sebab permintaan kawan2 mahukan MARGASATWA 2 (M2). Jadi saya menyiapkan M2. Di akhir 2015 saya menulis LOMBONG dan ke LPT2 untuk buat research novelet baru. Novelet2 tu bakal terbit 2016. Sekarang 2016... LOMBONG dah terbit sekarang menunggu ketibaan novel penuh MANUSCRIPT dan kisah seram di LPT2. Semuanya di bawah label Buku Prima. Selepas MANUSCRIPT agak2nya? | ” |
Antara karya beliau yang sudah diterbitkan ialah:
Penulis yang berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan lulusan daripada Universiti Utara Malaysia dalam pengkhususan Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian (Law, Goverment, international Studies). Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya selain genre cinta bersama GBK semenjak 2014.
“ | Saya bermula dalam penulisan ini semenjak di bangku sekolah sehingga terealisasikan cita-cita untuk melihat karya saya dalam bentuk cetakan dan diterbitkan pada tahun 2014. Saya pernah tersenarai Top 4 dalam Pertandingan Puisi Bermontaj anjuran DBP dan salah seorang pemenang dalam mencipta sajak secara spontan pada tahun 2005 di Kuantan, Pahang ketika di tingkatan 6, giat berpidato, menulis puisi, melukis dan pelbagai lagi, namun kepuasan dalam bidang penulisan lebih terasa. Selepas memenangi hadiah utama bersama dua lagi pemenang dalam Pertandingan Menulis Cerpen bersama Fair & Lovely Malaysia dengan kerjasama Alaf21, saya tidak berpaling ke belakang lagi. | ” |
Antara karya beliau dalam genre seram/debaran bersama GBK ialah:
Beliau antara nama besar yang sudah berkecimpung dalam dunia penulisan sejak sekian lama. Pengalaman beliau amat berharga buat perantis-perantis Seramlicious. Terkenal dengan tagline-nya, 'Cu, tolong nenek cu.', ia membuktikan bakat beliau dalam genre seram. Beberapa kali karya graduasi UiTM ini diulang cetak dan mendapat permintaan tinggi.
Antara karya beliau ialah:
Penulis muda ini berasal dari Terengganu dan berdarah Melayu campuran Sarawak. Beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang selama 3 tahun dalam jurusan Sains Politik. Beliau mempunyai minat mengarang sejak di bangku persekolahan lagi. Masa yang terluang selepas tamat waktu sekolah akan digunakan untuk menulis cerpen dan manuskrip yang ketika itu hanya disimpan sebagai bahan bacaan sendiri. Beliau mula mendedahkan manuskrip yang bertulis tangan kepada rakan-rakan sekelas ketika di tingkatan 6 dan mendapat maklum balas yang amat positif.
“ | Pada pertengahan tahun 2014, bab demi bab novel "MEREMANG" dipos di portal ILHAM dan mendapat reaksi yang sangat baik sehingga ia dipilih untuk diterbitkan di bawah label Buku Prima dan berada di pasaran pada bulan Januari 2015. Kini, "MEREMANG" sudah diulang cetak sebanyak 2 kali di atas permintaan para pembaca. | ” |
Selain novel penuh, penulis ini juga menghasilkan novel-novel antologi seram dan debaran gabungan 4 orang penulis dan akan terus menghasilkan novel-novel bergenre seperti ini pada masa hadapan. Graduasi dari Universiti Sains Malaysia ini terkenal dengan tagline-nya, Mak Tam datang ni!
Antara karya beliau ialah:
Pemilik nama Salleh Kausari ini diambil daripada laman blog Kausar (Kreatif) dan nama yang beliau gunakan semasa mula-mula berkecimpung dalam dunia dalam talian. Beliau aktif berkarya di blog Pena VR (http://skausari.blogspot.com) dan mencuba pelbagai jenis genre penulisan termasuk novel, cerpen dan puisi. Hasil tulisan beliau merangkumi pelbagai kisah cinta, masyarakat, debaran, seram dan spiritual. Karya-karya beliau bersama GBK ialah:
Maria Kajiwa berasal dari Ayer Keroh, Melaka. Beliau ialah mentor dan idola para perantis Seramlicious. Karya-karya beliau sentiasa menjadi sebutan para pembaca. Antara karya beliau bersama Buku Prima ialah:
Pemuda yang bernama Anuar Darwisy ini sudah menulis banyak karya seram selain cinta. Beliau antara penulis yang menjadi sebutan di kalangan pembaca kerana gaya penulisannya dan idea yang sempurna. Antara nukilan beliau ialah:
Nur Hilmi bin Afandi atau nama penanya Helmi Effendy atau HE ialah seorang penulis novel, aktivis sejarah dan aktivis masyarakat untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The Patriots itu sendiri. Setakat ini, beliau ialah salah seorang barisan pengurusan TP Press, sebuah rumah penerbitan yang ditubuhkan untuk membantu perjuangan NGO The Patriots yang beliau asaskan bersama sahabat beliau sendiri. Beliau juga merupakan penulis bebas dalam penulisan skrip filem dan drama, selain membuat penterjemahan karya Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Graduan Diploma In Media And Communication dari Universiti Selangor (UNISEL) ini menghasilkan beberapa buah karya bersama GBK. Antara karya beliau ialah:
Beliau yang sebelum ini menghasilkan karya-karya berunsur cinta turut mengembangkan bakatnya dalam penulisan kreatif bergenre seram. Daripada Lovelicious hingga Seramlicious, beliau sangat berbakat. Antara karya seram bersama Buku Prima ialah:
Penulis baru ini merupakan salah seorang perantis seram di Buku Prima. Karya-karya beliau menghiasi naskhah-naskhah terbaru Buku Prima. Antara karya beliau ialah:
Hasrudi bin Jawawi telah dilahirkan pada 3 April 1986 di Kampung Parit Yusof, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Pemegang diploma di Institut Teknologi Pertama (Kolej Legenda), Mantin, Negeri Sembilan dalam kursus HND Civil Engineering dan diploma lanjutan dalam jurusan Pengurusan Projek Landskap di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja, Batu Pahat, Johor ialah seorang penulis yang berdedikasi, cekal dan berpengalaman.
Antara karya penulis lovelicious dan seramlicious ini bersama GBK ialah:
Beliau bukan penulis baru dalam dunia penulisan dan boleh digelar orang lama. Karya-karya beliau sentiasa mendapat tempat di hati pembaca. Ilya Abdullah yang pernah bekerja di MPH Bookstore juga merupakan pengilustrasi dan berminat dengan seni lukisan komik.
“ | Pada tahun 2008, muncul dengan karya pertama dengan nama pena Qurratu Ain. Novel "Coke and Sundae" diterbitkan pada tahun 2010 dengan nama pena Ilya Abdullah. Karya tersebut pernah tersenarai dalam anugerah pilihan popular Berita Harian. Pada tahun 2013, hasil karya Nomik (novel grafik + novel + komik) yang bertajuk Awek Skuter menemui pembaca. Menjelang 2012, Novel 566 Hari Mencari Cinta diangkat menjadi telemovie di astro dengan tajuk Setahun Setengah Mencari Cinta di bawah Zeel Production. | ” |
Melangkah sebagai Seramlicious pada tahun 2016, beliau hadir dengan karya-karya menarik.
Antara karya beliau bersama GBK ialah:
Nyrit! Nyrit! Dengan bunyi-bunyian begitu, penulis Julie Jasmine berjaya melekatkan ingatan pembaca kepada karya seramnya yang pertama. Antara karya beliau ialah:
Sufi Abqari, dilahirkan pada 3 desember 1983 di Besut, Terengganu. Anak kedua daripada enam beradik ini mula menulis menerusi portal Ilham Karangkraf dan dari situ, bakatnya dikesan menerusi cerpen 'Abang! Jom main sorok-sorok'. Kini, beliau sedang menyiapkan karya seterusnya untuk terbitan 2016. Antara karya beliau ialah:
Penulis yang berkelulusan Sarjana Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini berasal dari Negeri Sembilan. Novel sulungnya bersama GBK kerap diulang cetak. Antara karya beliau ialah:
Peguam muda ini bermula sebagai pembaca dan kerana bakat besarnya, beliau diserap sebagai Seramlicious. Antara karya beliau ialah:
Salah seorang orang lama dan pelopor genre seram di Buku Prima.
“ | Saka Tok Mun, Dendam Pewaris, The Doll, Rasuk, Penunggu Cinta, Pendamping, hingga projek seram Lombong... setiap satu ada kenangan tersendiri... inspirasi, gangguan, dan kekangan. | ” |
Karya-karya beliau mantap.
Antara nukilan beliau ialah:
Menu
Seramlicious Profil SeramliciousBerkaitan
Seram Seramik Seramlicious Serama Seramida Seram (fiksyen) Serampang Tiga Serampore Seramik Cina Seram SejukRujukan
WikiPedia: Seramlicious http://skausari.blogspot.com http://www.facebook.com/bpohsem http://www.bpohsem.blogspot.com.my http://www.bukuprima.com.my/